Dia Kehilangan Orang yang Sangat Mencintainya

15:43

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua =)

Kali ni yaya bukan nk kongsi tips tapi kisah tentang
sebuah cinta.Tajuk cerita hari ini :

Dia Kehilangan Orang Yang Sangat Mencintainya


Baca dan Selami betul betul okayh :) enjoy reading guys^^

Pada suatu hari yang indah dan permai,(ayat ditokok tambah)
ada seorang gadis yang sedang putus cinta menangis di taman.
Datang seorang ahli falsafah lalu bertanya kepada gadis itu,

mengapa kamu menangis?


Gadis itu menjawab :

Aku sangat sedih,kenapa dia tinggalkan aku?


Ahli falsafah itu tertawa lalu berkata :

Kau bodoh sangat!

Gadis itu pelik lalu bertanya ,


mengapa kau kata sedemikian rupa.Aku sangat
sedih ditinggalkan.Hati ku hancur berkecai.Kau tidak
memahami ku.


Bodoh,kau tak perlu bersedih.Seharusnya dia yang bersedih,
kata ahli falsafah tersebut.


Asal plak dia yang patut sedih?bukankah dia yang tinggalkan aku?
kata gadis itu.


Lantas ahli falsafah menjawab,


Kau kehilangan orang yang tidak mencintaimu,tetapi dia
kehilangan orang yang sangat mencintainya.


Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya
menghancurkan perasaannya.

Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu
lakukan hanya palsu belaka.

Perkara paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh
cinta sedangkan kamu tidak mencintainya.







You Might Also Like

6 omelan (s)