Hidup

19:51

Aku keliru.
Terfikir pelbagai cara untuk buat mereka senyap.
Lagak mereka seperti tuhan seolah olah tahu apa yang akan jadi esoknya.
Ya, mereka memang sempurna.
Terlalu sempurna hinggakan hidup yang lain dicaci hina.
Apa mereka lupa yang dia itu juga dicipta sama? Punya tugas serupa.
Aku mengeluh.
Masih keliru dunia mana aku berada.
Aku pijak namun terasa bagai berpijak di atas air yang tenang.
Tenang.
Aku masih mencari ketenangan.
Dalam hidup yang aku sendiri tak tahu bagaimana jalan ceritanya.
Cuba pejam mata.
Mungkin esok masih ada cahaya.

You Might Also Like

1 omelan (s)