Tips Cinta Jarak Jauh

17:44

Cinta ni satu abstrak yang susah nak ditafsirkan.
Orang yang bercinta je tahu macam mana cinta
ni. Ada yang describe cinta ni macam makan
sambal belacan,pedas tapi enak, macam kentut
pun ada,busuk tapi besttttttt. Tapi macam mana
kalau cinta jarak jauh ni? Macam susah je,macam
konflik je. Kannnnnn

Ni Dr. Cinta lagi pakar dalam bagi tips merapu.
Merapu ye bukan ikan kerapu mahupun jenahak.

1. Perlukan persefahaman

Ya, jarak jauh ni sangat memerlukan persefahaman
okayh. Kalau dekat2 ni takda persefahaman pun tak
pe,kau orang nak gadoh baling periuk maggi pun tak
pa sebab dekat kan,bila dekat senang nak pujuk, kalau
jauh? hadoooo kau nak pergi pujuk awek/boypreng kau
yang duduk 600000000000 juta billion jauh dari jamban
rumah korang. Persefahaman yang macam mana diperlukan?

Masa

Masa antara kau dengan awek/boypreng kau tak sama.
Memang waktu malaysia sama,tapi berbeza aktiviti yang
dilakukan. Contoh awek/boypreng kau study ke kerja,
kau pulak tengah cuti,kau kena faham lah dorang tu
study/kerja so masa tu ada ada tapi sikit faham? Dengan
assignment/project bertimbun, mungkin masa dia dengan
kau berkurangan. Nak mesej,nak call macam awal-awal
bercinta tu dah takda.

Sahabat

Oh mentang duk jauh dari mata,kau saja je nak cari
pasal.Kekonon nanti awek/boypreng kau curang.
Hadoi, cuba bagi ruang sikit, ni tak kan dia nak
berkawan pun tak boleh.Berkawan ya,bukan dating.
Jangan kau sekat dia punya persahabatan.Nanti dia
rimas,carik lain baru kau tawwww

Politik

Ni lagilah kelakar, ada kot spesies macam ni. Yang
kau sokong parti A, yang awek/boypreng kau sokong
parti B. Tuptup sebab awek/boypreng kau tak setuju
dengan pandangan kau,kau pun berperang dengan
awek/boypreng kau. Politic is politic,love is another
topic okay.Jangan campurkan!

2. Kesetiaan

Yang ni kau kena kukuh sangat boleh. Ye lah,
dah jauh mesti jarang dating. So hati sunyi,mata
pun meliar mencari. No no no. Kau kena setia
beb. Jangan buat anak orang menderita gitu.
Lainlah kalau dia yang tak setia kan.

Okay sampai di sini saja Dr. Cinta dengan tips
merapu ye. Nanti kita sambung lagi.Tatata



You Might Also Like

1 omelan (s)