Surat untuk Cik meoww !

23:14

entri dihasilkan bukan kerana kasih sayang
yang mendalam terhadap cik meooww .
tetapi kerana kegeraman tahap volcano meletus
terhadap cik meooww yang menapak di v3!!

Nurul Bahiyah Abdul Aziz
V3B-T1-4,
Universiti Teknologi Petronas,
Tronoh,Perak .

____________________________________________________________

Meooww Bin/Binti Kucing
Port Taik Kucing,
Aras 3,Depan Rumah T1 ,
Universiti teknologi Petronas,
Tronoh , Perak .                                                             9 November 2011

Cik Meoww,

Aduan tentang Taik Taik yang Dihasilkan oleh kaum kerabat Cik Meoow

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya , Nurul Bahiyah Abdul Aziz ingin membuat aduan kepada cik meooww kerana
salah seorang dari keturunan cik meooww telah membuat kan saya marah di pagi
hari yang tenang lagi indah permai.

3. Tepat pukul 8 pagi,bersamaan Hari Rabu,saya yang ingin ke kelas Engineering
Drawing berhajat untuk memakai sandal kaler putih saya yang ada biji2 bola dadu tuh.
Tapi malangnya semasa saya ingin memijak kasut tersebut,saya tergelincir disebabkan
ada taik yang dihasilkan oleh keturunan cik meoww di bawah sandal putih saya !(nasib
baik saya tak jatuh atas taik tuh= =)

4.Saya berasa amat hairan bagaimana keturunan cik meoww boleh berak bawah sandal saya.
kenapa bukan kat atas sandal je? adakah seseorang ingin mengenakan saya?? saya amat
marah di saat itu,sebab tu sandal putih la cik meooww !! saya dah la beli mahal mahal!!!!
kaler putih pulak tu !! (maaf,penggunaan bahasa yang kasar)

5.Disebabkan saya nak cepat ketika itu,saya hanya mampu mencuci sandal saya sambil
menangis di dalam hati !!! teringin saya tuk celup celup  keturunan cik meooww dalam klorok yang
berani membuat onar terhadap sandal kesayangan saya.

6. Bukan itu sahaja cik meooww,kerana sebelum ini keturunan cik meoww juga
ada membuang taik2 didepan rumah saya yang menyebabkan selipar kesayangan saya
dan selipar roomate saya telah dibuang!!! saya amat marah sebab selipar tuh cantik,lawa!!
tak sampai setahun pakai !! dah la saya beli jauh2 !!

7. Dan saya nak maklumkan,saya ni bukan lah rajin sangat nak bersihkan taik
keturunan cik meoww ni tapi sebab dah busuk sangat terpaksa la kan!!!

8.Oleh yang demikian kerana, saya berharap agar cik meoww menasihati keturunan
cik meoww untuk lebih berpendidikan dan berak la di toiletbowl yang telah disediakan.
Dan saya amat berharap agar keturunan cik meooww tak berak lagi kat sandal+kasut+
selipar saya.Jikalau tidak,saya akan mengambil tindakan KEJAM dengan mencelup celup
keturunan cik meoww dalam klorok :) saya minta maaf atas kekasaran saya di dalam
surat ini . Sekian ,Terima Kasih.

Yang Mengadu ,

Bahiyah Aziz

You Might Also Like

2 omelan (s)