Cita-cita

18:02

Semua orang mesti ada cita-cita kan? Sejak kecil lagi mesti korang dah tanam azam nak jadi apa
bila besar nanti.Teringat pulak lagu yang budak-budak drama asrama aku buat masa dorang nak
bertanding ASAT (Anugerah Asrama Terbilang) .

Bila besar nanti , kau nak jadi apa? Bila besar nanti aku nak jadi cikgu :)
Aku pun ada cita-cita aku jugak.Tapi cita-cita aku asyik berubah-ubah mengikut umur.Masa sekolah rendahkan,kita wajib tulis cita-cita kita dekat kad gigi kaler hijau tu kan. Ada tiga pilihan.Masa tu aku tulis
ikut apa yang budak yang aku suka tulis.Pilihan pertama dia nak jadi doktor.Aku pun tulis Doktor.Pilihan
kedua dia tulis angkasawan.Aku pun tulis angkasawan.Pilihan ketiga dia tulis ahli sains.Aku pun tulis yang sama.

Paling bangga bila cikgu sebut kitaorang punya cita-cita sama.Bangga sihhh.Bajet macam ada jodoh padahal
copy paste dia punya.Aku suka dia agak lamalah.Dia kawan sepermainan aku.Petang-petang main kejar kejar dengan dia kat sekolah . weeeeeeeeee~~ Tapi tahu tak apa? Dia sekarang tengah further studies dalam bidang medic, yang aku ni sesat jauh kat bidang engineering. Satu cita-cita  pun tak de kena mengena dengan apa yang
aku tulis tu.

Aku pernah jugak cita-cita nak jadi polis.Senang sikit nak tangkap orang yang buat jahat kat famili aku.Tapi ayah aku tak kasi pulak.So aku tukar cita-cita nak jadi pensyarah.Siap tulis besar-besar kat kertas A4 tampal kat meja study tu.Semangat sikit kan.Hahaha :DD Then bila aku masuk asrama,aku jadi pemalas sikit.Ponteng kelas,ponteng prep semata mata nak bersukan.Sebab kalau jadi budak sukan,boleh skip kelas.So aku bercita-cita nak jadi Atlet dan nak masuk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Hebat tak cita-cita aku? Semua sebab aku pemalas.Pemalas nak belajar!

Then bila aku tukar sekolah,jejak masuk teknik , cita-cita bertukar lagi! Aku tukar sekolah pun sebab tak nak ambil BIO dgn ARAB TINGGI. Nampak tuhhh betapa aku benci belajar.HAHAHAHA.Masa form 4 ni aku terSUKA subjek KIMIA.tu pun ada kisah taw kenapa aku tersuka padahal semua benci subjek tu.
Cikgu kimia aku pernah tanya,nanti dah besar nak jadi apa? Nak jadi macam cikgu,nak ajar kimia.Saya suka kimia. Sumpah suka gila kat kimia weiiii.Tak boleh berpisah :))

Tapi tapi aku ada gak simpan niat nak jadi warden.Sebab aku anti dengan warden aku.Dengan harapan nanti aku jadi warden kat anak dia.Biar aku rotan cukup cukup anak dia.HAHAHHAHA gila berdendam aku ni.Hahaha.Tapi setakat tu jelaaa cita-cita aku.At last tengok la aku kat mana.Tersasar kat Petroleum Engineering.Tak pernah terlintas pun.Hadoiiii .

Allah dah tentukan yang mana terbaik tuk kita.Just follow je apa yang DIA dah rancang :)
Entah entah nanti aku tak jadi petroleum engineer.Jadi surirumah sepenuh masa.Jaga anak.HAHHAHA :DD

You Might Also Like

1 omelan (s)