Perancangan Cuti

23:30

Memandangkan aku sedang menikmati percutian selama 4 bulan ni,aku mengambil keputusan nak bekerja. Ceh konon-konon nak rasalah cari duit sendiri,cari pengalaman.Pui tak payah percayalah dengan aku ni.

At first,yup memang aku kerja.Aku patut start kerja lepas cuti sekolah,tapi memandangkan majikan aku perlukan sangat orang nak jaga kedai,so aku start awal.

First day aku kerja,sumpah aku rasa boring.Yelah nak tunggu orang datang beli barang.Bapaklah bosan.
Plus plus pulak aku takda kawan nak sembang.Korang tahulah kedai kan.Bukan macam supermarket tu.Ramai pekerja.Tapi masuk hari kedua,tu dia.Mati aku! Almaklumlah hari Ahad.Ramai sangat orang datang sampai tak terlayanlah.Then esoknya aku minta cuti kecemasan memandangkan ayah aku sakit waktu tu.Masuk hari ketiga bekerja ok dah.Dah rasa happy.Then aku cuti selepas hari kelima sebab aku kena balik KL.Memandangkan mak aku sambung belajar,so takde orang nak teman aku kat rumah.

After cuti sekolah hari tu,aku decide nak berhenti kerja.Bila ayah aku tanya kenapa,aku cakap yang nak keluar lebih banyak dari yang nak masuk(kiasan).So ayah aku cakap baguslah.Duduk rumah tolong kemas rumah lagi bagus.Aku pun setuju sebab kalau aku kerja,aku ada double kerja.Penat wooo.Takda masa nak rehat nanti.So since aku tak kerja ni,aku takda masa pun nak online.Tsk tsk.Aku banyak habiskan masa kemas rumah ni.Lap sana lap sini.Sapu sana sapu sini.Fuhhhhh

And esok aku nak masak nasi goreng.Aku dah tengok resepi kat internet.Macam senang je.Almaklumlah hari tu aku masak tak sedap.So nak try resepi baru pulak.Member aku pun cuti cuti ni sibuk baking kek,masak masak.Bagus bagus.Yang sahabat aku lagi sorang tu,membesarkan badan je keja.Terkejut betul aku tengok dia semalam(dia datang rumah). Makin sihat! Pastu dia jeles pulak aku makin kurus.Weh kamsahamnida for cake and kuih tu.Rabu ni aku treat kau tengok wayang k ;)

Oh ye,cuti ni aku tak keluar pun! Aku tunggu fatin habis exam and balik KL.And tunggu mail and nana jugak.Oh tak lupa fasha sandha sekali (acha).Weh rindunya kat korang! Then aku nak kumpul duit sebab bulan tujuh ni aku nak pergi rumah mek kat kelantan.Aku cadang nak tinggal 3 hari.Wahh beshnya!!Tulah perancangan aku buat masa ni.Sabtu ni pulak nak pergi tengok adik kat matrik dia.Perghhh Pontian tu bukan main jauh lagi!! Tapi dah sebab mak dengan ayah aku nak tengok dia sangat so aku kena ikut!

Tu jelah,oh ya! Aku banyak habiskan masa tengok korea jugak.Dah 3 drama habis.King 2 hearts,my girlfriend is gumiho and rooftop prince.Kesian abang aku jadi mangsa pertanyaan.Kalau dia balik lambat,aku sanggup tunggu sebab nak tanya dia pasal sejarah korea je.Almaklumlah dia minat sejarah dunia.Hihihi

You Might Also Like

1 omelan (s)