Kosong

23:28

Sepi.

Aku memandang kosong ke arah komputer riba milikku. Berharap agar aku mampu menaip
segala luahan hatiku.

Diam.

Mulutku seperti terkunci.Idea tiba-tiba menghilangkan diri. Pelik! Sedangkan semasa aku menonton televisyen tadi,hatiku seperti meronta-ronta ingin meluahkan segalanya.Aku cuba lagi.Satu persatu papan keyboard ini aku tekan.

Masih kosong.

Mungkin aku perlu nyanyi lagu kosong yang didendangkan oleh Najwa Latif. Biar hati aku gembira walaupun
terhiris luka.

You Might Also Like

2 omelan (s)