Cameron Highlands part ONE
23:10Hallo saudala saudali cikebum cikebum.*slang Johan*
Kali ni aku nak citer pasal Cuti-Cuti Cameron Highlands.Walaupun
story ni dah basi,tapi aku tetap nak kongsi kat korang jugak.Actually
not so-called cuti lah,it is lawatan.Lawatan ke Cameron Highlands 2012
anjuran Pendidikan Khas SK RTB.
eh apa kena mengena sekolah ngan Bahiyah ni? pendidikan khas
pulak tu.Bahiyah ni jadi cikgu sandaran ke? no I'm not.Sebenarnya
mak aku iaitu Cikgu Rohani ialah salah seorang cikgu pendidikan
khas di SK RTB Bukit Changgang.You all know what means by
RTB? It is short form for Rancangan Tanah Belia.
Dah lama mak aku mengajak aku join lawatan ni.Masa Sem 2 lagi
aku dah isi nama.So akhirnya tercapailah hajat mak jemah ni oi nak
ke CH tu.Lama jugak lah tak cium bau ladang teh,Strawberry pun
mak jemah ingat-ingat lupa.
29 Ogos pun tiba dengan lambatnya.Aku yang memang selalu malas
nak packing baju terpaksalah packing dalam kegelapan pagi tu.
Main rembat je baju apa tak tengok kaler pun due to stupid lamp
yang mati pahal tah.Ok ok no mencarut here.And pagi tu kami pun
bergeraklah ke CH naik bus yang disediakan Wira Travel Agency.
Perjalanan memakan masa lima jam akibat stop di R&R untuk
breakfast.Pergh perjalanan hari tu memang menakutkan walaupun
aku tidur dengan lena siap ada dengkur lagi plus air liur meleleh.
Aku memang senonoh hihi.Bus tu ikut jalan dari simpang Tapah tu.
Dengar citer jalan tu memang sempit sikit dan menyeramkan.
Aku ni pulak pantanglah jalan berliku sikit pasti sakit kepala.
Tapi sakit tu sembuh pulak bila penyakit jakun aku muncul.
Jakun apa? Jakun tengok kampung orang asli.Tengok rumah
dorang yang diperbuat dari papan dan kayu-kayu yang tahan.
Memang aku jakun sangat.Jarang aku dapat peluang tengok.
Yang heran pulak tu mana-mana pergi mesti ada anjing.Aku
terfikir gak macam mana lah anjing tu boleh datang CH.
Dorang tak penat ke panjat sampai ke situ.Tu lah apa yang
aku fikir.Nampak sangat kedunguan aku terserlah.And akhirnya
setelah berpusing macam rooler coaster,sampailah aku ke
Brinchang.Aku cakap kat mak aku,takdalah sejuk mana.
Sekali turun bus,menyesal tak sudah.Sejuk kemain.Tu belum
pergi Paris lagi tu.
Kitaorang bermalam di brinchang hotel.Besar bilik dia! Aku
kongsi katil queen dgn mak aku while mak Qistina dengan
Qistina.Makanan yang disediakan pun sedap-sedap.Rasa
nak tambah je.Tapi kena pikir berat badan yang naik over.
Nantikan another part ya sebab aku nak tidur.Esok kena kerja.
0 omelan (s)