Kuala Kangsar The Royal Town
16:55Sabtu lepas,bersamaan 26 January 2013 kami
bertiga , Mia , Nida and I berjalan-jalan cari
makan di Kuala Kangsar Bandar Diraja. Ceritanya
bermula begini.
Kitaorang planned last minute actually sebab kebosanan
yang melanda akibat cuti 5 hari yang telah diberikan oleh
pihak UTP. Takdelah last minute pun.Kitaorang at first
macam teringin nak pergi CH but unfortunately I seorang je
driver yang ada so cannotlah.Lagipun tak taw kondisi kereta
ok ke tak nak naik bukit tu.So I yang memang dari dulu
nak pergi Kuala Kangsar propose lah idea untuk ke sana.
Setelah berbincang, kami bertiga dengan sepakatnya bersetuju
untuk ke KK esoknya.
Kami memulakan perjalanan seawal pukul 8.20 pagi.
Awal kan?Biasalah orang yang baru nak pergi KK
kenalah gerak awal takut sesat pulak.Memang betul
pun kitaorang sesat masa nak cari highway.I nak ikut
simpang pulai tapi signage tak jumpa jumpa.But it's okaylah
sebab jumpa jugak bila dah berpusing pusing dan pusing
macam gasing.Perjalanan mengambil masa selama 1 jam
20 minit.Rasa macam lamakan?Ini kerana Mia tak kasi drive
laju, dia suruh kat lane kedua je.I tepaksa ikut bontot lori
treler yang lembab macam kura-kura.Tetapi
tidak mengapa,pandu cermat jiwa selamat.
Sesampai je di KK, I parked car dekat area Dataran Putra
and berjalan kaki menuju ke pasar yang ada dekat situ.
Tujuannya untuk breakfast dulu.Masa makan Nasi Lemak,
I suruh lah Nida tanya pakcik kedai tu Labu Sayong jual kat
mana. Yang pakcik tu mamak so dia macam tak taw
lah. Dia pun tanya lah customer dia yang ada kat situ.
Pakcik customer tu kemain bagi direction gitu gini gitu gini.
Kitaorang pun angguk2 jelah.Last-last kitaorang pergi
Tourism Centre amek map KK.
Dataran Putra ada phonebox ni. Feeling2 oversea jap.
Galeri Sultan Azlan Shah
Mia and Nida bergambar masa sampai KK
First place kitaorang melawat ialah Galeri Sultan Azlan Shah.Masa
dulu galeri tu ialah istana Hulu ataupun Istana Kota. Time 2003, depa
dah tukaq jadi Galeri.Dalam tu memang penuh lah dengan salasilah
keluarga depa.Tapi yang paling I suka 7 wasiat yang Sultan akan
turunkan kat keturunan raja-raja. Kalau korang nak melawat, harga
tiket RM3 kot.I tak ingat sebab I bayar RM2 je sebab I student.
After melawat Galeri,kitaorang pi Istana Iskandariah yang Sultan Perak
tinggal sekarang.Tapi kitaorang tak masuklah,kitaorang tangkap gambar
kat luar pagar je.Then,kitaorang pergi Istana Kenangan yang mana sekarang
Royal Museum.Malangnya tak open sebab under construction.
Nida in front of Istana Kenangan
Selepas itu,kami pun teruskan perjalanan ke area Sayong yang famous
dengan Labu Sayong.Tak susah pun nak cari sebab semua ada dalam
map.Mia dengan Nida dah borong Labu Sayong.I tak beli sebab my mom
kata tak payah.
Dekat sini boleh main tawar2 harga.So mintak lah semurah yang mungkin.
Lepas dorang dah borong, I sajalah singgah kat Persiaran Sayong
sebab I tengok ada signage tu.Bila I masuk,rupanya tempat tu baru
je buat dan tak da orang.Tapi I parked jugak la kat situ.Ingat
adalah mart bukak rupanya kitaorang je manusia kat situ.
Mia and Nida at Persiaran Sayong
Me at Persiaran Sayong
Mia and Nida at Persiaran Sayong
After that, Mia as my co-driver ajak pergi Victoria Bridge.
Victoria bridge ni one of the oldest railway bridges kat
Malaysia.Masa sampai kat sana,Mia boleh rilek je berdiri
atas rail tu.I punyalah cuak ingat railway tu still been used
till now rupanya dah tak pakai.
Victoria Bridge
Mia yang berani mati.
Nida gayat so dia bergambar kat luar je.
Sebabkan Victoria Bridge dekat dengan Masjid
Kota Lama Kanan,so I drive je lah sampai sana.
Tapi tak turun pun sebab panas.Kat masjid tu ada
meriam padam pelita.Meriam ni pernah meletup
masa kampung tu banjir.Lepas tu,perut pun rasa
lapar,so singgah dekat Laksa Pokok Limau
yang popular dengan Omellete Laksa. Harga dia
RM4. Laksa ni must-try kalau datang KK.Sedap!
Omellete Laksa
Kami pun meneruskan perjalanan ke Mariwasa Handcraft yang
terletak dekat dengan KK railway station.Tapi tutup pulak.So
kitaorang decide nak tengok Pavillion Tower dan First Rubber Tree.
Pavillion Tower ni lawa tapi sayangnya tak dijaga.Kalau dijaga
rapi mesti cantik.Berdepan dengan Pavillion tower ni MCKK dan
SMK Clifford.
MCKK
Ok,kalau korang nak cari Rubber Tree ni memang payah sikit
sebab dia berpagar dan letak betul2 tepi Pejabat Daerah. Masalah
nya sebab korang tak kan perasan sebab banyak sangat pokok
dekat situ.
After dah berpenat berpeluh,kitaorang singgah lah dekat area Penambang
Jetty.Situ ada jual handcraft and cendol.Tapi yang tak sangka tu,kitaorang
terserempak dengan classmates I, Ropi dengan Lang.Lawak kot bila ingat
balik.I lepas dah beli fridge magnet kat kedai area situ,I cakap I nak
rest kejap sebab I tak cukup tidur semalam.So kitaorang singgah Masjid
Ubudiah untuk solat dan berehat.
Masjid Ubudiah ni memang cantik.MasyaAllah cantik sangat.Usia dah
100 tahun.Terletak di Bukit Chandan,dekat bawah Istana Iskandariah.
Cantik sangat rumah Allah ni. Lepas dah solat dan berehat,
I ajak pulang sebab dah tak larat.So kami pun pulang.Sebelum
pulang tu,kami makan dan tengok movie dekat Jusco AEON
Kinta City dulu. File JUVANA memang best!! 4 Star I kasi
you.Kitaorang arrive at UTP 11pm.
So sampai di sini je kisah I.Now kena concentrate kat study
pulak :)
Love.
0 omelan (s)