Kata Hati Mati
14:02Tatkala kita bermain kata-kata dengan sang hati,
saat itu kita diuji sejauh mana mulut itu mampu
menipu semua.
Tak.
Mulut sentiasa memberi alasan yang sama. Itu tak,
ini tak. Kenyataannya kau sendiri yang tahu.
Saat aku bergelak ketawa menafikan perasaan itu,
aku sendiri terjerat.
Padan muka kau Bahiyah!
Saat itu aku terdiam,mulut ibarat dikunci ketat. Dia semakin
dekat dan akhirnya dia duduk selang sebaris dari tempat
duduk aku. Ya Allah, lajunya jantung ni berdegup. Senyuman
semakin terukir. Ah rasa nak melompat sampai ke bintang.
Kawan aku tegur,
Kau tengok siapa tu?
Sememangnya kawan itu sudah maklum tentang perasaanku.
Saja dia mengusik untuk membuatku semakin gelisah di situ.
Kawan-kawan lain tumpang membahan.
Ahh kawal diri Bahiyah! Jangan terpedaya dengan jerat hati!
Kau lupa ke kisah 3 tahun dulu? Kau mahu menangis lagi?
Kau mahu ke jatuh tak berdaya? Kau mahu ke lihat yang lain
gelak ketawa melihat kejatuhan kau?
Usai kelas Probstat, bergerak ke cafe. Mata masih tercari-cari akan
dia.
Dia tak turun makan ke? hmmmm
Papp! Aku terlihat seorang insan berbaju putih. Bukan dia tetapi
insan yang berwajah seakan NRMN. Terus hati merundum sedih.
Air mata bergenang.
Aku tak mungkin dapat lupakan 'dia'.
Diam dan diam.
Mula buka buku,malam ini ada test.
Selamat tinggal.
1 omelan (s)