Johor Darul Takzim part One

18:12

Hallo hallo derp and derpina.

Ini cerita basi tapi sebab aku nak cerita jugak, aku
nak tulis jugak buat tatapan u'olls yang hensem dan
jelita gicheww. Bukan saja buat tatapan u'olls , malah
buat tatapan aku di hari tua nanti. Boleh bagi anak
cucu cicit baca biar mereka tahu nenek moyang dia
ni suka tulis cerita basi. *berangan kau jemah oi*

Dua minggu yang lepas bersamaan hari dimana sekolah
mula bercuti, aku dan kaki gosips tercinta (mak aku dan
angah aku) telah berjalan-jalan cari makan di Johor.
Kemain kau jah sampai Johor pergi cari makanan,macam
kat Banting takda pulak. We all pergi naik kereta Myvi
tercinta mak aku tapi angah yang drive. Aku? Tukang
membebel je kat sebelah dia.Nak drive tak berani ooo
kat negeri orang.Mau langgar segala divider yang ada
kang.

Aku dah lama menyimpan hasrat hati nak ke Johor
since dari first year lagi. Dah second year barulah
hajat di hati tercapai.Alang-alang adik aku belajar
kat Johor,bercuti sakan lah noks noks ni. Bermulalah
perjalanan kami tepat pukul 3:30 petang waktu Malaysia,
menuju ke selatan tanah air.Yang si dayah ni duk mesej
tanya " dah gerak belum dah gerak belum".
Dengan perut yang lapar bunyi gamelan lagu 'Timang
Burung' , kita tetap meneruskan perjalanan tanpa
berhenti sebab takut jam.Almaklumlah cuti sekolah dah
start.Lagipun aku nak tengok sunset kat Pontian.


Dalam perjalanan ke Pontian,Johor.
Haruslah bergambar dalam kereta.

Sepanjang perjalanan,aku memekak je. Aku suka
menyumbangkan suara-suara aku yang merdu ni.
Agaknya sebab suara aku yang merdu membuatkan
mak aku tidur dengan lena kat belakang.Kemain
tidur eh.Kitaorang berjaya jejak ke tanah Pontian tepat
pukul 6:30. Lepas dah angkut dayah kat matrik,
berjalan jalan sekitar Pontian dan survey rate bilik untuk
satu malam.Hoi kemain mahal taw standard room sampai
130++ .Sebenarnya aku ada book bilik kat satu hotel ni
tapi dayah cakap mahal + breakfast dia just hantar kat
bilik.Sebab dayah dah cakap macam tu,aku pun cancel
booking.

Akhirnya,setelah puas mencari,kitaorang pun pilih lah
hotel Pontian rate dia RM120 per night.Kalau weekend,
tak dapat nak potong government punya harga.Kena ikut
harga biasa.Sedih jemah taw.Kecewa.Bilik dia best,selesa
untuk tiga makhluk Allah tidur.Yang aku ni,tak selesa sebab
bantal tak cukup.Oh sedih sebab aku memang tidur
berbantal dua. Lepas check in,kitaorang pergi melantak
dekat Restoran Kemangi . Dayah kata tomyam Kemangi
ni yang paling sedap kat Pontian.Aku rembat je asalkan
dapat makan.Nak dikatakan rezeki langkah kanan datang
Pontian,dayah belanja makan malam tu.Alhamdulilah.


Kemangi Cendana Special 
RM 3.90 kalau tak silap.
Wajib rasa kalau datang kat Kemangi ni.


Ni lah makan malam kitaorang.Sedap kan? Nyummy
Yang paling menarik,nasi putih dia bentuk butterfly.
Nampak tak kedekutnya restoran ni.Hahha


Mak aku ni memang excited kalau 
nampak kamera ke makanan ke


Aku kalau bergambar mesti nak bajet senyum
 nampak gigi konon2 cantik padahal tudung senget


haruslah ada muka dua makhluk tuhan ni
habis penuh kamera dengan gambar dorang

Sampai di sini sahaja part one. Next entri pulak ya!
See yaa


You Might Also Like

0 omelan (s)