Tahun Kedua

16:31

Assalamualaikum dan Selamat Hari Rabu.

Hari ni 3 April 2013 bersamaan hari di mana parlimen dibubarkan.
Aku tak nak cerita pasal politik sebab aku memang tak berminat
pasal politik. Lagi 23 hari sebelum final exam. Cuak? Emm sedikit
pun tak. Aku cuma rasa masa amat pantas berdetik.

Dua tahun lepas pun, tarikh yang sama aku sedang sibuk membuat
persediaan untuk PSPM 2. Masih sama seperti dulu, hari ini aku
sibuk membuat persediaan untuk final. Tahun kedua bakal tamat
awal Mei ni. Aku harus menaikkan CGPA aku dan dalam masa yang
sama aku kena kuasai dan fahami apa yang aku belajar.Tahun kedua
ni macam-macam berlaku.Aku rasa banyak kenangan manis yang aku
alami berbanding masa tahun pertama. Betul la kata mama, 
mula-mula pahit,dah lama rasalah manisnya. 

Cerita pasal kawan, aku tak ramai kawan yang rapat. 
Cukuplah hanya ada roommate aku,Mai dan yang lain-lain,
Nida, Tira , Fariza dan Ana. Itu kawan perempuan lah, yang
kawan lelaki rasa macam ramai.Ramailah juga yang selalu nasihat aku.
Kenapa tak nak ramai kawan? Sebab aku tak nak kecewa lagi.
Pengalaman banyak mengajar.Sem ni kelas sampai lewat malam.
Penat tapi kadang-kadang gembira.Sem ni banyak kelas dengan Mai 
so pergi kelas tak da lah alone je.Dan bila ada teman ni, 
semangat nak belajar tu lebih. Dan statistik menunjukkan kadar 'tuang'
kelas semakin berkurangan. Oh stop it. Jangan puji boleh? Hihii

Sebenarnya aku ada apply short semester untuk cuti 4 bulan nanti.
Aku nak settlekan hutang course yang aku tak ambil lagi sem ni.
Tapi executive ni boleh pulak buat pekasam borang aku tu. Geramnya
terus rasa tak bersemangat nak ambil short sem. Memang sekarang
antara dua je. Short sem atau cuti? Kalau cuti, aku nak cari kerja 
dekat ofis .Seriously,aku tak nak lah kerja just nak dapat gaji. Aku
nak pengalaman, nak ilmu tu.Tapi kalau short sem, aku takda kawan. 
Mai cuti,Nida cuti. Siapa je nak teman aku nanti. Sekarang ni aku 
tengah kuatkan semangat je nak teruskan niat short sem tu.
Biar susah dahulu,senang kemudian.


Aku suka gambar ni. Rasa nak buat potrait letak dalam bilik je.










You Might Also Like

2 omelan (s)