Troll of the day

10:17

Assalamualaikum dan Salam pagi Ahad.

Maaf berita terlambat aku post.Aku karang
entri ni sebab aku tak boleh tidur.Rasa macam
nak bergosip pulak hari ni.

Cerita bermula begini. Hari Khamis lepas,
bersamaan (25 April 2013),birthday crush
lama,ada satu berita tergempar telah dihebahkan
kepada seluruh pelajar UTP.

Sila baca dengan nada pembaca berita nightline

Kebabooommmmm!!! Berita ini sangat menggemparkan
kerana dimaklumkan kepada kami seminggu sebelum
cuti sem bermula.Berita ini menjadi hangat di pasaran
hanya untuk students batch #Sept11 dan #Sept12.
Dan bagi pelajar batch lain,hanya tweet dan comment
simpati yang mampu diberi oleh mereka.

Berita ini turut memberi penangan hebat kepada aku
yang sedang tidur lena enak dibuai mimpi jumpa mak
aku,peluk peluk cium rindu.Kawan aku,nida datang
seperti mak jemah tengah menyampaikan gosipnya.
Mulanya aku buat tak dengar tapi bila aku dengar
kena masuk belajar May ni,terus histeria datang.

Buat makluman pembaca sekalian,aku patut cuti
pat bulan start 1 May ni (awal sikit sebab habis paper
awal) . Tapi bila berita macam tu di-announce kan
terus heart attack.Management UTP dikecam hebat 
oleh students memandangkan berita ini amat
mengejutkan.Kebanyakkan students sudah
membeli tiket flight ke sana sini untuk bercuti.
Jadi haruslah mereka mengecam management.

Seharian aku membazir masa di depan laptop
untuk memgomen di page batch aku,mengajak
students memohon semula agar pihak management
menarik balik.Akhirnya,students 1 - UTP 0.

Dear Student,


SENATE on its special meeting held on 23rd April 2013 agreed that in order to fulfill the requirements from MQA and EAC, the proposed new semester structural system is to be implemented immediately.



Please be informed that the coming May 2013 semester will commence on 20th May 2013 and will end on 8th Sept 2013. Please refer to the attached 2013 Academic Calendar for details.

Due to insufficient accommodation to cater for all students, we would like to retract earlier advice to student intakes September 2011 and September 2012. You may proceed with your long semester break in May and come back for your September 2013 semester. Please apologize for any inconvenient caused.

Please contact ACS if you need any help.


Troll apakah ini? Membazir sahaja aku heart
attack tengah pagi buta.Muahaha

p/s : counting days

You Might Also Like

0 omelan (s)