Hidup di UTP
14:58Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rasanya semua sudah maklum yang aku ni merupakan
pelajar jurusan Kejuruteraan Petroleum di Universiti
Teknologi Petronas(UTP). Mesti semua rasa macam
"wowww,Petronas tu! Senanglah kau kerja nanti"
Oh tidak ya! Jangan berfikiran sebegitu.Tak bermakna
belajar di UTP akan kerja di Petronas.Bahkan pelajar
tajaan Petronas pun belum tentu lagi ditawarkan kerja
di sana.Ia semua tertakluk pada terma dan syarat.Entri
kali ni bukan nak berdebat pasal Petronas atau Mara
ataupun JPA mahupun PTPTN.Entri kali ni berkisar
tentang kehidupan yang amat 'mencabar' di UTP.
Dah hampir dua tahun aku belajar di sini.Memang
sangat tough.Banyak perkara kau kena berdikari
sendiri.Di sini tiada istilah tolong sama tolong.Bagi
aku lah,tak tahulah bagi pelajar yang lain.Memang
aku akui kehidupan di universiti tak segembira masa
di matrik mahupun di sekolah.
i) 14 minggu belajar , 2 hari cuti midsem ,
seminggu cuti semester, satu minggu final exam,
4 bulan cuti
UTP berbeza dari IPT yang lain.UTP mengamalkan
sistem trisemester (bakal dihapuskan) yang amat
menyusahkan pelajar. Kenapa susah? Kami ada
14 minggu sahaja untuk belajar.Bayangkan 5 ke 6
subjek dengan topik yang banyak perlu dihabiskan
dalam 14 minggu tu.Belum tolak cuti am,cuti hujung
minggu dan sebagainya. Bagi yang nak masuk sini,
kuatkanlah minda dan kentalkan hati untuk teruskan
pengajian di sini.
ii) Assignment,quiz dan test datang serentak
IPT lain mungkin mengalami perkara yang sama.Ia
memang tak dinafikan.Lecturer seperti berpakat
memberi assignment,quiz dan test dalam minggu
yang sama,yang pastinya di saat kritikal di mana
final semakin dekat. Seperti yang aku alami sekarang,
minggu terakhir sebelum final minggu depan.Aku ada
3 test dan satu final presentation malah task yang perlu
disiapkan.Memang sakit tapi nak buat macam mana.
iii) Jadual yang pack sebab subject tak dioffer
Ya, ini yang lagi menyakitkan hati dan memenatkan
badan. Semua pelajar perlu ambil at least 10 credit
hours and not more than 17 credit hours. Sem ni
ramai merungut jadual sem ni macam apa je.Bayangkan
sampai malam ada kelas,patah tulang badan ni. Kenapa
jadi macam ni? Sebabkan ada 3 intake,jadi sistem kat
sini kelam kabut.Ada subjek yang patut dioffer tak
dibuka sem ni so pelajar pun ambil subjek sem seterusnya.
Jadi bila bertembung dengan jadual pelajar lain,last-last
buat class time malam.Sem ni kelas aku hari-hari sampai
malam.Sakit woo sakit.
iv) Kenderaan
Benda yang penting yang perlu ada kenderaan.Tak kisah
lah kau bawak kereta ke motor ke basikal ke.Janji ada.
Walaupun UTP ni tak sebesar dan seluas uni lain,tapi
penat jugak lah kau nak jalan hari-hari pergi kelas.Kat
sini takda bus ok macam UTM.Dalam kampus pun at
least adalah bus.Memang kelas aku berapa meter je dari
hostel aku tapi kau memerlukan juga kenderaan.Contohnya
nak pergi ATM yang terletak di blok foundation.Mampus
kau jalan pergi balik bilik dah sejam.Contoh lagi kau nak
pergi test dekat MPH ke MH ke,sejam juga la pergi balik.
Time-time hujan paling perit nak kena redah air.Perit perit.
Nak pergi pasar malam lagi,tapi kalau kau ada roommate
yang bawak kereta,tak pelah,kalau kau ada kawan-kawan
yang ada kenderaan,dan tak da nak cakap belakang,
bersyukurlah.
v) Persahabatan
Mungkin zaman universiti ni memang dari segi persahabatan
ni kurang sikit.Yang ada semua nak mempergunakan.Yaa
itu ayat yang tepat sekali.Aku bukan sekali dua terkena,
dah berpuluh kali.That's why kat sini aku tak berkawan
sangat.Boleh bilang pakai jari siapa je aku rapat? Mai
dengan Nida jelah yang selalu ada.Terima kasih Damia :')
vi) Management
Dari segi management pulak,aku malas nak comment
banyak.Kebanyakkan student complaint yang dorang
dijadikan 'tikus makmal' atau lebih tepat bahan ujikaji
dalam mengubah sesuatu sistem.Management kat sini
memang perlu di complaint banyak sebab kau bayar
yuran beribu-ribu,tapi semua semput.
Tulah antara list-list perkara yang kau bakal hadapi.
Buat adik-adik yang bakal masuk belajar di sini,
best of lucks akak ucapkan.Next sem akak cuti
pat bulan so tak berjumpa lah kita.Doakan akak
dapat Dean List sem ni.Amin.
6 omelan (s)