Johor Darul Takzim part Two

14:16

Hari kedua di Johor amat menarik sebab kami boleh

dikatakan menjelajah satu Johor.Dari Pontian turun ke
Skudai dan kemudian ke JB dan naik ke Kota Tinggi.

Pagi tu, kami bersarapan dulu sebelum check out. 
Sarapan dia boleh lah. Tak variety tapi ok lah sebelum 
dapat free kupon kan.


Gadis-gadis bergambar sat


Roti Bakar dan Air Oren


Bihun Goreng dan Sosej


Kami memulakan perjalanan seawal 9 pagi menuju ke Rengit.
Perjalanan mengambil masa 45 minit dari Pontian ke Rengit.
Sepanjang perjalanan memang menyeronokkan.Suasana
kampung masih wujud dan amat menenangkan.Sesampai
sahaja kami di Rengit,kami agak kecewa kerana banyak
gerai tidak buka lagi.Bagi aku,Rengit memang best kalau
korang datang untuk membeli barang elektrik.Tapi bagi
orang macam aku yang datang untuk mencuci mata,tak
dapatlah nak window shopping.


Pilih pilih,selonggok 3 ringgit selonggok 3 ringit


Sempat bergambor adik-adik di Rengit ni yaa


Kompleks Niaga Rengit 


Dayah di Kedai Jati Rengit

Selepas itu,kami pun bergerak ke Skudai.Buat
apa di Skudai? Nak angkut lagi dua anak dara
tercinta di UTM iaitu Fatin dan Fashah.Sebelum
tu dah call dorang suruh siap cepat-cepat tapi 
kitaorang cakap nak pergi Skudai Parade. Jejak
kaki kat Skudai Parade tu pun sebab dayah cakap
barang-barang computer murah-murah.Dia pun
boronglah speaker kat sana.Nasib baik tak beli
headphone padahal kat rumah berlambak.





Pagar UTM 


Pintu Gerbang UTM fuyooo fuyoooo



Tetiba je buat family potrait muahaha

Selesai je mengangkut anak dara dua orang ni,
kitaorang pun bergerak ke Larkin.Hoyeahh
tengok JB fuyoo maju gila kalah Tronoh
mihmihmih.Kitaorang check-in dulu di Hotel
Seri Malaysia.Rate untuk Family Room RM170
termasuk 3 orang breakfast.Dapat discount gomen
jadi lah RM150.Kalau nak booking,selalulah usha
kat web dia,sometimes ada offer.Kalau nak call
terus pun boleh.


Family Room dia besar ok! Besar sangat! Berbaloi


Again,buat family potrait ke apa ni?

Dah check-in,then angah nak bawak pergi satu tempat
makan yang special.Ni tahap baik punyaaaaaaaa wokkk.
Lunch kat Kg.Majidee.Perghhhh ABC dengan Nasi Ayam
dia takda tandingan waaa cakap lu.Sedap punya.


Sekarang ni cakap kat aku,terliur tak tengok?
ABC RM 3.50 ; murah kan?
Nasi Ayam Biasa RM 5.00
Nasi Ayam Black Pepper RM 5.50



 Bergambar yang penting sebelum makan


Dan selepas makan,kitaorang terus ke Kota Tinggi.
Yayy mandi air terjun.Perjalanan just take around 45
minutes to 1 hours.Angah cakap untung sekarang nak
pergi Kota Tinggi sebab jalan dah dua lane,kalau dulu
1 lane je.Kalau duk belakang bus ke lori ke treler ke
menangis lah.Kota Tinggi Waterfall ni tak macam waterfall
biasa taw.Sebab dia ada gelongsor yang macam watertheme
park tuh.Harga per person RM 7.50 dan dia charge kereta
jugak RM 3.00. Tapi berbaloi taw pergi sana.




Jakun weh jakun muahahaha





Lompat semua jangan tak lompat


Wohooooooooooo


Fatin tintontinton




Dayah monmonmon


All girls okay except mama dia kan mak dara kihkih


Ciptaan Tuhan yang menenangkan


Lepas dah bersuka ria,teringin pulak nak tengok Desaru.
Kata orang tempatnya cantik.Chewahhh tapi malangnya
sampai kat Desaru dah maghrib.Tak sempat nak tengok
air pantai.Oh yaa Desaru time malam takda public punya
tempat,Semua kena bayar.Overnight charge RM10.Mahal
kan? So angah cakap jom pergi Tanjung Balau,air dia memang
jernih.Tapi dah malam.But the best thing is angin pantai perghh
best kot.

Oh yaa lupa nak cakap pengalaman langgar babi.Hahaha
masa nak pergi Tanjung Balau tu jalan gelap sangat.Masa
kereta kat depan kitaorang tu dia bawak laju.Time tu pulak
anak babi dalam 5 ekor melintas jalan.Yang kereta depan
kitaorang tu sempat mengelak,sampai kat angah,angah tak
sempat break.So anak babi kena lenyek.Umphhh semua
dalam kereta tak tahu pun tu anak babi,aku je taw sebab
aku nampak hidung dorang.Bila cerita kat ucu,ucu cakap
memang Desaru dengan Tanjung Balau tu banyak babi.
Hikhokhikhok.

Lepas tu kitaorang pun balik.Fatin ajak makan kat Hutan
Bandar,katanya chicken chop dia sedap.Tapi full house
pulak so kitaorang ended up makan kedai atuk. Ingat
nak pergi pasar karat tapi tak larat.So dah hantar fatin dengan
fashah balik UTM,kitaorang pun balik bilik tidor kroihkroih.





                                                                                       

You Might Also Like

1 omelan (s)