Aku dan Lipas

19:42

Aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Lipas
itu merupakan salah satu makhluk Allah kat muka bumi ini .

Sepatutnya aku kena berkasih sayang dengan lipas tapi malangnya,
kebencian terhadap keturunan beliau tidak dapat dibendung lagi .
Kebencian terhadap lipas lebih besar dari kebencian terhadap cik
lalat yang dah mereput dalam perut aku ini .

Lipas , bunyi macam best je tapi hakikatnya lihat lah pada rupanya .
Ok tak baik mengutuk bahiyah . Ingat sikit . Ciptaan Allah tu menajubkan .
Sejak kecil aku fobia dengan lipas. Aku tak faham kenapa family aku
cool je bila lipas lalu. Masalahnya aku yang terjerit jerit macam orang
kurang akal. Tu lipas baru lalu ,belum dia terbang . Perghhhhh , kalau
dia terbang ,mahunya aku pecut 200 m kehadapan.

Selalu kat rumah , abang aku lah hero yang selamatkan aku . Tu pun
tunggu aku dah menangis baru dia bunuh pastu buang.Kalau tak,
memang dia biar je.Aku ni dah lah alah, kalau bau je lipas, mesti
badan aku start gatal gatal.Belum time tidur lagi.Confirm aku mengigau.
Dulu masa aku duduk kat rumah, time cuti panjang, aku menghabiskan
masa terluang dengan bunuh lipas je. Masa tu jiwa kental sikit.Tapi bila
aku mimpi roh lipas datang nak bunuh aku,memang tak lah .

Lipas ni aku tak faham lah,aku tak kacau pun dia.Tapi pagi tadi dalam
sejarah,buat pertama kalinya.Aku penyek lipas selama 5 jam.Kisah
malang aku pagi tadi .Aku nak cepat memandangkan orang dah tunggu
aku.Aku sarung jelah kasut dan aku rasa something kat hujung jari kaki
aku.Tapi aku buat cool je.Sebab tak rasa bende yang bergerak-gerak.

So dalam pukul 1 petang,aku balik, masa bukak kasut tu rasa la something.
Dan terkejut aku ada lipas badan dah hancur dalam kasut aku.Masa tu
nasib baik lah aku pakai stokin.Terdiam aku tengok jenazah lipas mati syahid
dalam kasut kesayangan aku.Tak jerit cuma terpaku.Cepat cepat aku
balik bilik,dan masa buka pintu bilik terus aku menjerit kat roomate aku.
Rasa nak pengsan,geli,jijik semua ada.Ngeri gila hidup aku tadi.

Yang roomate aku tak reti cool kan aku.Dia tahu gelakkan je.Cepat cepat
aku buka stokin dan campak jauh jauh dari aku.Pergh ngeri gila.
Sampai sekarang pun geli tu masih ada.Aku call mak aku. Dia cakap,
`tulah kasut kaklang busuk sangat,lipas sukalah duduk'. Sampai hati
mak cakap camtu.Sobsob. Padahal dah lama aku tak pakai kasut tu.
Lebih dua minggu taw.Yang angah aku cakap sebab stokin aku busuk.
Entah entah kalau beritahu adik aku,mesti dia cakap,`sebab kaklang
busuk la lipas tu suka kat kaklang'. K thanks sangat.Aku busuk :'(

Yang pasti aku akan buang kasut tu,tak kan aku pakai.Nanti roh lipas
tu datang kacau aku.Mahu 7 hari 7 malam aku tak tidur.

You Might Also Like

0 omelan (s)