Kemanisan dan Kepahitan
21:45
Assalamualaikum ,
Mood menaip yang amat baik sekali.Aku nak kongsi sesuatu yang aku rasa korang pun tahu
benda ni happen in real life . Sekarang aku tengok ramai sahabat aku yang sedang kecewa dalam
percintaan . Lagi perit bila mereka dalam tahun terakhir sebelum menamatkan pelajaran . Ada yang
baru nak menyambung ke peringkat lebih tinggi dan ada juga yang bakal melangkah ke alam
perkahwinan . Papepon ni lah hidup . Just read and kalau nak komen silakan .
- Kau tackle pakwe/makwe orang padahal kau benci kalau orang tackle pakwe/makwe kau
- Kau tak suka orang yang berperangai begitu begini padahal orang yang kau nak tackle tu perangai dia semua yang kau tak suka
- Kau tak nak putus dengan pakwe/makwe kau walaupun kau memang dah takda hati kat pakwe/makwe kau tu.
- Kau back up baik punya orang yang dulu kau benci berbanding dengan orang yang kau dah lama kenal
- Kau tinggalkan pakwe/makwe kau sebab nak pergi kau orang lain yang kau rasa lebih bagus tahap superb padahal yang kau nampak tu fake semata mata
- Kau cakap kau tak pernah suka kat pakwe/makwe kau padahal masa nak tackle dulu ayat mengalahkan orang nak masuk meminang
- Kau hina/kutuk/maki EX pakwe/makwe kau bila dia selalu contact kau minta penjelasan.
- Kau ibaratkan EX pakwe/makwe kau seperti memanjat pokok yang berduri dan akhirnya dia jatuh
kat tanah. - Kau block EX pakwe/makwe kau padahal dulu kau la yang ADD first
- Kau merayu nak EX pakwe/makwe kau balik bila kau tahu perangai sebenar orang yang kau nak tackle tu
- Kau keluarkan segala madah madah cinta yang pernah kau bagi kat EX pakwe/makwe dengan harapan dia cair tahap meleleh
- Kau ingatkan EX pakwe/makwe kau tentang kenangan kenangan yang konon manis tu dengan
harapan pintu hati kau terbuka balik - Kau kecewa bila kau tahu pintu hati EX pakwe/makwe dah tertutup untuk insan insan macam kau
- Kau menyesal pun dah tak berguna
Aku tak pandai nak bermadah puisi pasal mende mende camni tapi aku type jugak
dan ini semua based on apa yang aku tengok kat real life. Kadang kadang bila aku tengok
mende mende macam ni happen,hati aku memberontak dan kata kehidupan ini tidak
adil . Ya, memang tak adil . Tapi sebenarnya tu lah lumrah hidup . Ada pahit dan manisnya.
Macam nak memasak juga. Ada gula ada garam . Nak tambah lagi letak ajinamoto .
Untuk orang merasa ketidakadilan hidup ni, aku tahu kekecewaan dalam hidup tu
memang pahit nak telan.Bukan korang je pernah rasa . Aku pernah rasa . Memang
sakit,memang pahit . Lagi lagi bila orang yang korang sayang tu at last cakap dia
tak pernah sayang/cinta or suka . Perit kan ? Nak stabil balik tu take a long time ,
bukan sehari dua ,setahun pun tak mungkin . Tipulah kalau aku cakap aku dah heal
sepenuhnya . Aku masih dalam peringkat nak sembuh , tapi makin aku cuba makin
sakit aku rasa . So aku biar je . Aku just go through life aku ni balik . Sebab kalau
aku fikir untuk melupakan dia, benda tu jadi terbalik . Yang jadi asyik terkenang kenang .
So buat kawan kawan aku yang tengah frust tu , just think of one thing . Jodoh , Rezeki
Allah dah tentukan . Hah , aku tahu mesti korang cakap , yang korang fikir crush korang
tu lah jodoh korang kan . Tapi sekarang korang dah tak dengan dia, so bukan jodoh lettew.
Sabarlah . Doa kat Allah . DIA Maha Mendengar . ceritalah pada DIA . Semua
Sabarlah . Doa kat Allah . DIA Maha Mendengar . ceritalah pada DIA . Semua
kepahitan tu akan diselami kemanisan . InsyaALLAH
2 omelan (s)