Kaki Bangku bermain futsal

09:32

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Minggu lepas aku telah menyertai pertandingan futsal
yang dianjurkan oleh committees batch aku. Tengok
dan baca dengan teliti dan tawaduknya ; FUTSAL.

Bukan senang bagi seorang gadis yang lemah lembut
gemalai seperti aku nak join sukan yang ganas-ganas
seperti futsal ni. Walaupun aku tahu hakikatnya aku
memang ganas dan badan keras sebab menari zapin
pun macam robot berjalan.

Futsal ni sebenarnya dianjurkan oleh committees untuk
mengumpul dana bagi dinner batch kami yang akan
diadakan minggu depan. Aku sebagai salah seorang
committee turut memberi sokongan dengan menyertai
futsal perempuan. Hati kata tak nak tapi mulut beriya
iya nak. Dasar budak emmmmm.

Futsal ini terbuka kepada semua pelajar UTP. Bagi
futsal perempuan, hanya 3 team sahaja yang mendaftar.
Satu team dari pelajar final year yang sememangnya
selected UTP player yang mempunyai otot-otot
peninju gusti dan dua lagi adalah dari batch aku.
Malam tournament team aku berbaju merah sebijik
sebedon dengan team final year.

Dengar-dengar mereka main ganas walaupun ketinggian
semuanya terbantut. Maaf ini blog aku so suka hati aku
lah nak tulis apa. Hati mula cuak. Aku mana pernah
main futsal. Berebut sebiji bola untuk disumbat ke
dalam jaring-jaring ikan. Memang bukan permainan
aku.Aku hanya suka duduk di bilik sambil menenun
kain songket untuk dipakai semasa hari raya sahaja.
Sungguh aku begitu lembut lemah gemalai.

Tournament bermula,team aku boleh duduk rileks lagi.
Kami hanya mampu melihat kawan-kawan batch kami
dibelasah teruk oleh budak final year.Jeritan perempuan
lah yang paling kuat di court tersebut.Kami mula physco
budak final year sambil menjerit menyokong batch kami.
Kelakar melihat perempuan bermain.Sebiji bola boleh
membuatkan semua orang berpusu-pusu cuba merebut
dan akhirnya mereka terjatuh beramai ramai seperti
nangka yang wangi.

Itu baru mereka bermain.Belum tengok team aku bermain.
Team batch aku kalah dengan mata 0-1.Aku mula geram.
Giliran team aku lawan dengan final year pula.Aku hanya
duduk di tepi menjadi pemain simpanan.Bukan gentar untuk
bermain tetapi aku malas nak berebut bola.Sebab bola tu
aku sorang je yang punya.Giliran aku pula bermain.Aku
'center' malam tu.Segala ilmu bola jaring yang aku belajar
harus aku guna dengan sebaik mungkin.Jadi seorang center
bukan mudah.Penat nak kejar bola dan rebut dari pihak lawan.
Aku ada satu startegi.Lengahkan masa.Bila bola sampai kat
aku,aku akan tendang ke luar.Bijak bukan?

Malangnya pihak lawan mula bertindak ganas.Menyepak ke
perut,menendang bola ke kaki dengan kuatnya.Panas.Bersiap
sedia lah wahai lawan.Yayy berjaya juga sepak kaki mereka.
Bahagia.Full stop. Team mereka menang first place.Team aku?
Of course tempat kedua.


Nadia fc

Tengok! Kaki bangku membangku bangkukan anda.

p/s : adik foundation lebam mata terhantuk dengan aku. Maaf  tersengaja.


You Might Also Like

0 omelan (s)